Tuesday, 18 October 2011
Wednesday, 21 September 2011
VALLEY OF THE WOLVES PALESTINE
Pihak kami sendiri dari iaitu biro penerbitan dan informasi iqrac julung-julung kalinya telah mengadakan sebuah tayangan yang bertajuk Valley of the Wolves Palestine.
Tujuan tayangan ini diadakan adalah untuk membuka mata kita semua selaku hamalatul quran dan pembawa akidah islam itu sendiri untuk turut cakna mengenai keadaan saudara seagama dengan kita di Palestin. Tayangan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada kita semua supaya tidak terus leka dan hanyut dibuai zon selesa. Secara priority dan harapan kami dibarisan Biro Penerbitan dan Informasi sendiri semoga kita semua dapat mengambil ibrah dan input yang berguna daripada tayangan yang telah diadakan bukan hanya sekadar menonton. Adakan satu transformasi bersama demi agama islam tercinta mengikut wasilah dan waqi’ (keadaan atau tempat) yang sesuai. Wallahu’alam..
“Huffaz Profesional Peneraju Kegemilangan Ummah”
BAKTI RAMADHAN
Bakti Ramadhan diadakan sempena kempen bi'ah solehah yang dianjurkan oleh pihak Lajnah Dakwah dan Tarbiyah PERKEMAT. Program ini diadakan pada 20 dan 21 Ogos 2011 bersamaan 20 dan 21 Ramadhan 1432 H.
MASA : Sabtu ( 6 a.m-11 p.m)
Ahad ( 7 a.m- 12 p.m)
TEMA : Bakti disemai, kasih dituai, mardhatillah dicapai.
ANJURAN : Biro Perhubungan dan Aktiviti Luar,Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC) melalui Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT)
Antara objektif yang disasarkan adalah ;
1. Merapatkan hubungan huffaz dengan masyarakat.
2. Memberi peluang kepda huffaz berbakti kepada masyarakat.
Serba sedikit tentang perjalanan program bakti ramadhan yang telah berlangsung selama dua hari...
Sabtu ;
- Iftor iqracians bersama anak yatim. Turut menjemputpengarah DQ, penasihat PERKEMAT, penasihat IQRAC, PERKEMAT dan perwakilan semester bertempat di Dewan Seminar Maktabah. Tazkirah dan solat tarawih diimamkan oleh imam muda Ahmad Syakir b Zamri bertempat di Masjid Al Huffaz. Seterusnya, ceramah bertajuk madrasah Ramadhan membentuk jiwa sufi oleh ustaz Wan Nasir b Abd Wahab.
Ahad ;
- Seramai 59 banin dan banat berbakti di rumah kebajikan OKU yakni Taman Sinar Harapan KKB. Gotong royong telah diadakan di sana, slot hati ke hati bersama penghuni dan majlis penutup. Seramai 62 banin dan banat pula pergi ke masjid KKB bergotong royong membersihkan masjid di sana.
Tuesday, 20 September 2011
I'JAZUL QURAN
Pada tarikh 6 dan 7 Ogos beramaan 6 dan 7 Ramadhan 1432 H, Perkemat DQ melalui Biro Akademik, IQRAC telah berjaya menganjurkan program I'jazul Quran khas untuk ahli IQRAC sendiri dan terbuka kepada semua siswa dan siswi Darul Quran. Tema yang dibawa sepanjang perjalanan program ini adalah Menyusuri infiniti ilmu di sebalik kitab agung.
OBJEKTIF :
1. Membongkar rahsia sains dalam Al Quran sebagai bukti kemukjizatannya.
2. Menggalakkan pelajar untuk mentadabbur ayat-ayat quran selain menghafal dan mengetahui maknanya.
3. Menjana pemikiranhuffaz kea rah lebih kreatif dan kritis dalam segenap perkara.
4. Meningkatkan keyakinan terhadap kemukjizatan Al Quran.
TENTATIF
6 Ogos ;
8.00 a.m : Pendaftaran
9.00 a.m – 1.00 p.m : Ceramah (Pengukuhan akidah melalui penghayatan sains dalam Al Quran) oleh Prof. Madya Dr. Mohd Arip Bin Kosmo
1.00 p.m : Pameran
2.30 p.m : Pertandingan dokumentasi Sains & Al Quran
5.00 p.m- 6.00 p.m : Pameran.
7 Ogos ;
8.30 a.m – 11.30 a.m : Ceramah ( Hujah missionary dengan Al Quran) pengalaman alumni FCR oleh Sir Mas Yuri b. Mahyiddin
11.30 a.m- 1.00 p.m : Majlis Penutup
2.00 p.m – 6.00 p.m : Pameran dan jualan buku0buku menarik di Dewan Baru.
LAPORAN PERJALANAN PROGRAM
6 Ogos ;
- Kira-kira dalam 7.30 a.m, setiap kumpulan sibuk menghias dan menyiapkan tempat pameran masing-masing di Dewan Baru.
- 8.00 a.m, pelajar IQRAC mula hadir dan mendaftarkan diri di hadapan auditorium dan turut dihadiri oleh pelajar diploma. Sementara menunggu kehadiran penceramah,( Dr. Arip) ahli audi ditayangkan video dan lagu santai oleh unit teknikal. Kira-kira jam 9.00 a.m, penceramah datang dan ceramah tentang PASAK bermula. Video-video yang disediakan oleh Dr. Arip cukup menarik minat peserta sehingga hampir semua khusyuk dan memberi perhatian. Ceramah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar IQRAC dan diploma. Ceramah yang asalnya dirancang tamat pukul 12 akhirnya dipanjangkan sehingga pukul 1.
- Pelajar banin melawat pameran. Kemudian, juri jemputan yang terdiri daripada YDP, YDPahdan EO IQRAC hadir pada jam 2.20 p.m dan pertandingan dokumentasi Sains dan Al Quran bermula. Pertandingan dinilai mengikut 4 kategori, iaitu kreativiti, tafsir, isi dan teknik pembentangan masing masing dengan 30 markah. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil masing-masing dengan penuh gaya dan bersemangat. Pertandingan berakhir kira-kira jam 5 petang. Kemudian pelajar banat dilepaskan untuk melawat tempat pameran.
7 Ogos ;’
8.30 a.m : Pelajar hadir di auditorium.
8.45 a.m : Penceramah, Sir Mas Yuri Muhyiddin beserta rakan FCR yang lain hadir dan memulakan ceramah.
11.30 a.m : Ceramah tamat, dan diteruskan dengan majlis penutup.
MAjlis penutup dimulakan dengan persembahan tarannum, kemudian ucapan pengarah program dan ucapan perasmian oleh Ustaz Mat Lazim Bin Hassan. Kemudian, penyampaian hadiah kepada juri, pemenang, dan lain-lain.
Kemudian, terdapat gimik persembahan ‘ the miracle of Quran’ oleh pengerusi majlis dan Quran tersebut diserahkan kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi sebagai wakil ahli IQRAC. Ditutup dengan bacaan doa. Seterusnya pameran dan jualan buku diteruskan daripada Saba Islamik Media dan PTS pada 2 hingga 6 petang.
Tuesday, 6 September 2011
SAYONARA JAHILIYYAH
Biro tarbiyah dan kerohanian yang bernaung di bawah iqrac telah melancarkan program sayonara jahiliyyah,. Program ini tampil dengan membawa pendekatan yang lebih sistematik dan insya Allah berkesan. Objektif program adalah seperti berikut ;
1. menjelaskan kepada peserta tentang punce masalah sosial dan cara mengatasinya.
2. membangkitakan kesedaran sebagai dai'e
3. meningkatkan kefahaman islam dalam diri
4. mengamalkan dalam kehidupan seharian.
5. membangunkan rohani dan sahsiah dalam peribadi huffaz.
Sedikit butiran perjalanan program yang pihak kami dapat adalah seperti berikut;
TARIKH : 9 p.m 29 Julai – 12 p.m 31 Julai 2011
TEMA : Mengangkat Kegemilangan Islam melalui Kejatuhan Jahiliyah.
ANJURAN : Bori Tarbiyah dan Kerohanian, Intellectual Quranic Generation Club ( I.Q.RaC) melalui Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT).
TENTATIF
29 Julai
9.00 p.m : Ceramah 1 ( Ramadhan dirai, Syawal diberkati)
30 Julai
9.00 a.m : Ceramah 2 (Lahwun Syari’e wa Ibti’adul Wahn)
2.30 p.m : Bengkel Smart Solat. ( Sollu kama Ra’aitumuni usolli)
9.00 p.m : Forum (Activate anti-virus in our Heart)
Ahli-ahli iqrac sangat bersemangat dan gembira untuk menghadiri setiap ceramah dan modul yang disediakan. Semoga dengan program ini para sahabat dan sahabiyah dapat melaksanakan segala kewajipan seharian dengan lebih sempurna. Ameeennnn
Monday, 29 August 2011
Ramadhan Passed, Syawal Appears
DALAM tempoh beberapa jam lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan hari kemenangan iaitu Aidilfitri. Sudah pasti juga ketika ini ramai yang tidak sabar mahu pulang ke kampung bagi merayakan hari kemenangan ini.
Selepas sebulan berpuasa umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa sepanjang Ramadan diibaratkan suatu 'madrasah' atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.
Bukan saja menahan lapar dahaga, malah juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di hadapan orang, malah juga apabila bersendirian.
Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah. Manifestasi kemuliaan Ramadan dapat dilihat daripada sudut amalan umat Islam seperti bersolat terawih, bersedekah, bertadarus al-Quran dan banyak lagi.
Hampir sebulan mengikuti institusi Ramadan, kini tiba pula masa untuk meraikan Aidilfitri. Amat rugilah orang yang langsung tidak mengambil pengajaran daripada falsafah Ramadan itu sendiri.
Jelas kegirangan dan kegembiraan tersemat dalam hati Muslimin dan Muslimat sekalian kerana kemenangan di hari yang mulia ini. Pelbagai persiapan diadakan bagi menyambut hari kemenangan itu. Pada kebiasaannya kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya.
Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih tetap diteruskan memandangkan ia adalah tuntutan hukum syarak. Namun, sudah tentulah hiba di jiwa tidak dapat dielakkan ketika menyambutnya.
Mengunjungi pusara ibunda khususnya menjadi kemestian di hari lebaran ini. Walaupun yang pergi tidak akan kembali sebagai tanda ingatan sekalung doa dan bacaan ayat-ayat suci dititipkan kepada mereka.
Dalam segi bahasanya, Aidilfitri bermakna kembali kepada fitrah. Kita sebenarnya kembali kepada fitrah iaitu suci dan bebas daripada dosa. Tatkala Aidilfitri, umat Islam suci daripada dosa kerana madrasah Ramadan membersih segala dosa kita.
Namun, tidak kurang juga kita yang kecundang dan gagal menjadi graduan madrasah Ramadan ini apabila mereka kembali kepada fitrah sebelum Ramadan iaitu sikap negatif terlalu obses dengan hawa nafsu dan meminggirkan ibadah kepada Yang Maha Esa.
Mereka kembali kepada kehidupan penuh dosa dan menindas golongan lemah, makan makanan yang tidak tentu halal haramnya dan daripada sumber yang diragukan.
Malah fitnah memfitnah, mengadu domba dan menuduh orang lain tanpa bukti dan siasatan juga telah menjadi norma dalam kehidupan mereka.
Golongan ini adalah golongan yang sangat rugi kerana tidak mengambil iktibar daripada ajaran Allah.
Pada hari kemenangan ini, jangan dilupa golongan yang tidak bernasib baik. Semangat persaudaraan Islam mesti diutamakan di samping mengeratkan silaturahim sesama ummah.
Golongan kurang bernasib baik ini juga berhak merayakan Aidilfitri seadanya.
Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya.
Patuhi peraturan lalu lintas dan utamakan keselamatan. Moga-moga selepas berhari raya kita dapat kembali ke darul quran dengan selamat untuk meneruskan perjuangan yang tidak akan sudah ini.
Agama Allah memerlukan kita meneruskan perjuangan menegakkan kalimah-Nya di muka bumi ini sesuai dengan peranan sebagai khalifah.
Aidilfitri bukanlah semata-mata suatu adat, tetapi lebih kepada ibadat berasaskan sumber hukum yang jelas. Oleh kerana ia adalah suatu ibadat, hari besar ini wajar dipenuhi dengan ibadat yang dituntut Allah.
Ia tidak hanya ziarah menziarahi, tetapi mengeratkan silaturahim. Ia tidak hanya berborak-borak, tetapi menegakkan syiar dan dakwah Islamiah. Ia bukan juga hanya menyanyi kegembiraan, tetapi menambah zikir dan takbir kepada Yang Maha Esa.
Pemborosan dan pembaziran semata-mata bagi menyambut Aidilfitri sebenarnya adalah tergelincir daripada apa dianjurkan Islam. Islam menggalakkan umatnya merayakan hari kemenangan ini, tetapi dalam sukatan dan kadar tidak menjurus kepada pembaziran
Alangkah baiknya jika wang lebihan itu digunakan bagi manfaat perjuangan Islam dan membantu golongan memerlukan.wallhua'alam~
semoga kita beroleh kemenangan yang sebenar-benarnya. Taqabbalallahu minnaa waminkum~ :)
Wednesday, 17 August 2011
cina muslim haram berpuasa?
Kini Muslim Uighur kembali menderita terbaru akibat tindakan keras pemerintah Cina terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu dengan larangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid.
"Jika ada tokoh agama bertazkirah Ramadhan atau mendorong orang untuk ambil bagian, maka mereka akan kehilangan keizinan permit untuk berdakwah," kata Dilxat Raxit, juru cakap Kongres Uighur Dunia yang berpangkalan di Munich minggu lalu. "Kes yang lebih serius apabila penangkapan dibuat bagi mereka yang melakukan ibadah tarawih yang dinilai menyalahi undang-undang" katanya lagi.
Dibawah pemerintahan Beijing, Pemerintah Daerah Xinjiang, penduduk Islam diminta menandatangani 'surat akuan' yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan.
Sementara perusahaan swasta menawarkan makanan disiang-hari kepada pekerja Muslim Uighur. Siapa yang menolak untuk makan akan kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan.
Sasaran juga termasuk sekolah Islam, untuk menyediakan makan diwaktu siang hari selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan siswa di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap dibuka sepanjang hari.
Kawalan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Mereka harus mendaftar dengan kad pengenalan mereka. "Mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk berkumpul dan berbicara satu sama lain," tegasnya.
Sehari sebelum dimulainya bulan suci ramadhan bagi umat Islam Cina, setidaknya 11 orang terbunuh dalam rangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak pemerintah Cina menyerang minoriti etnik setelah polis Cina menembak mati dua Muslim pada minggu lalu.
Sebelum 18 orang Islam dibunuh dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pemerintah Cina. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan dituduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan istri mereka yang mengenakan jilbab.
Subscribe to:
Posts (Atom)





