Barangkali sudah terlalu sering, masyarakat huffaz di dalam sana, dimomokkan dengan ‘the ugliness of the real world’. Sehingga mungkin ada yang telah terlanjur takut, risau, bimbang untuk berada di luar sana, meneruskan juang di tanah yang mungkin lebih warna warni dengan pelbagai prosa manusia.
Stop. Breathe.
Dunia luar itu, huffaz, bukan untuk ditakuti.
Momok yang mungkin lebih menyerupai raksasa Dodongo bagi kita, adalah perkara penting itu yang namanya ‘MASA’. Bimbang kalau kalau kesibukan belajar dan menyiapkan segala jenis ‘tutorial’, ‘assignment’, dan ‘preparation’ untuk kuiz yang jarang jarang putus di menara gading yang seterusnya nanti, akan mencuri masa kita dari berdamping dengan ‘dia’ yang telah kita dampingi serapat rapatnya sejak 18 bulan yang telah lalu di bumi cinta. Kemudian, bimbang pula untuk menghadapi dunia baru di luar sana, di kawasan yang mungkin kurang ‘selamat’ dibandingkan dengan bumi cinta yang diduduki kini. Berdepan kemungkinan ‘kejutan kultur’? Naudzubillah, tak mahu. Tak mahu.
Lalu satu soalan diajukan, apakah bimbang, risau, dan takut itu yang dijadikan sari berita utama dalam kepala kita? Setiap hari yang berganti, setiap detik yang mana keberadaan kita di bumi cinta semakin menghampiri ‘expiry date’, tiga perasaan ini lah yang sering menjadi ‘highlight’ utama, seolah-olah itu saja yang kita ‘expect’ dari masa hadapan kita. Maka gelincir ini harus dibetulkan. Sebab dunia luar itu, hakikatnya, tak semua seburuk yang disangka. Percayalah, jika dikatakan bahawa memang ada mereka di luar sana, yang cair Al Quran nya melebihi kita yang di tepi tasik huffaz itu lagi. Kemudian, ada saja mereka di luar sana, (ya, di bumi sana yang penuh ranjau dan noda itu) yang 30 juzuk mereka hafaz buat pertama kalinya tanpa biah selesa seperti kita. Ini bukan cerita olok olok, bukan dusta, bahkan ini haqqan! Thob’an! Bahkan barangkali dengan ilmu undang undang di masa hadapan, ‘case study’ bisa dilakukan sebagai pembuktian hakikat ini. Buat masa ini, kepercayaan kalian amat diperlukan. Sebab ini kisah benar. COP SIRIM. Hakikatnya hidup di luar ini tidaklah payah amat seperti yang disangka. Tidaklah semestinya akan berdepan dengan kejutan budaya. Tidaklah sampai tahap tiada masa untuk berdamping dengan kekasih tercinta (AlQuran). Bahkan bisa lagi hidup bahagia, setiap saat mengingatinya, setiap saat menyebut2 akan ia.
Sudah berasa sedikit selesa? Stop. Breathe.
Lalu apakah kita menyangka, kesenangan itu datang secara tiba tiba, tanpa usaha? Ya, benar, ‘we worked our arses off memorizing the holy ayahs, every morning going for tasme’, getting scolded by our murabbi/ah, sometimes caned, for that matter’. Ya, itu usaha. Tapi usaha yang ku maksudkan disini, adalah usaha untuk ikhlas dalam profesion ini. Ikhlas, bermakna, tiap2 pagi yang kita hadiri kelas itu, dalam keadaan bagaimana? ‘Aku hafal, kerana terpaksa. Esok ustaz/ah minta sekurang kurangnya 4 muka, maka 4 muka lah aku akan hafal. Ah, otak dah tepu. Sikit pun cukuplah, asal tak kena berdiri/pumping/rotan esok’. Ikhlas ke itu? Maka kembali kepada niat. Ingat al hadith al awwal min Hadith Arba’in. Jangan merasa masa hadapan itu akan mudah, jika niat menghafaz kita sekarang ini belum putih, kerana Allah.
Kemudian, kejutan kultur. Lantas menyebabkan perubahan 180 darjah dari yang baik kepada yang kurang elok apabila sudah melangkah ke bumi yang lain. Kebiasaannya kejutan ini menyerang mereka yang mempunyai simptom2 seperti berikut :
a. a. Sebelum bumi cinta, telah terbiasa berguling2 dalam kerehatan dan kenikmatan dunia.
b. b. Tidak pernah melihat langit yang begitu terbuka sepanjang hidupnya.
c. c. Tidak menyangka.
Hakikatnya hati itu memang sudah ‘nature’ nya, akan berbolak balik. Demikian juga kata seorang tokoh islami. Namun, apa yang kita lakukan untuk mengawal hati yang ganas bak Beizita itu? Jinakkanlah ia, dengan cara, menghayati hafazan alQuran itu sendiri, dan mendalami identiti sebenar seorang pembawa alQuran itu. Jangan biar sia2 kuliah ‘Adab fi Hamlatil Quran’ setiap malam Rabu dahulu. Sebab kalau kita benar2 faham siapa kita, dan mengapa kita begini dan begitu, mengapa kita tidak pula begini dan begitu, INSYAALLAH, hati yang ganas mahu keluar dari kepompong keselamatan itu akan bisa dijinakkan. Jangan awal2 hati itu, sudah dididik dengan tindakan2 luar lingkungan disiplinari, contohnya, FLY (tanpa sebab yang munasabah). PONTENG KELAS TASMI’. PONTENG KULIAH ADAB. PONTENG KULIAH TAFAQQUH. BOLOS MASJID, BINA MASJID ATTAQWA. Sebab hakikatnya, huffaz, bumi cinta itu adalah umpama boot camp, tempat yang bakal membentuk ketenteraan kita, apabila harus berhadapan dengan ‘obstacle obstacle’ yang maha durjana umpama... er, raksasa Dodongo. Kerenah birokrasi itu, kadangkala, kerana mereka sudah lebih dahulu merasa apa yang kita rasa sekarang. Maka jangan dikatakan pak guard misai itu garang/strict. He’s just doing his job, people. For our own good, SERIOUSLY. Ingat semula 2:216.
Akhir kata, jangan terlalu merisaukan bahaya di luar itu, sedang bahaya di dalam diri belum kita tangani. Jangan terlalu merisaukan susahnya di luar itu, sebab di luar itu kadangkala okay saja. Jangan terlalu merisaukan dunia luar itu, sebab dunia luar itu, ada kalanya lebih indah dari dunia di dalam sana. Dan jangan terlalu merisaukan keadaan di bumi lain sana, sedang Allah itu sentiasa mendengar suara hati muqarrabin...
Wallahua’lam bissawab.
thankyou kepada Penulis entry ini. sgt bermanfaat indeed :)
ReplyDelete