Disebabkan banyak pertanyaan yang mahukan komentar berkenaan Himpunan Bersih. Maka, baru-baru ini beberapa tokoh agama yang telah berkumpul untuk kali keduanya. Saya sebagai seorang pelajar yang masih mentah, juga berada bersama. Saya berasa amat kerdil disisi mereka. Siapalah saya berbanding orang-orang yang diberi kelebihan Allah kepada mereka. Namun peluang untuk bersama para ilmuan ini suatu yang amat saya cintai.
Akhirnya kami bersetuju memasukkan topik perhimpunan BERSIH sebagai agenda perbincangan. Alhamdulillah, pemilihan para asatizah disini dilihat umum sebagai yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Kami berharap pandangan dan keputusan golongan kerdil dari kami ini sebagai suatu tanggungjawab kami serta hak kami dalam menyatakan pandangan. Kami telah sebulat suara membuat keputusan dalam liqa bulan lepas. Tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Parti Politik dan NGO. Sebelum itu dinyatakan dahulu asatizah2 tersebut.
Ahli-ahli setakat ini terdiri dari ilmuan berikut :-
- Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Mursyid Liqa’)
- Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
- Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
- Ust Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
- Ust Aizam Mas’ud,
- Ust Hasrizal Abdul Jamil,
- Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
- Imam Muda Asyraf,
- Ust Ramadhan Fitri,
- Ustaz Dr. Maszlee Malik,
- Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
- Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman ( Pengerusi / Moderator Liqa’)
- Ust Syed Mohd Norhisyam
- Saudara Imran Koyube (iluvislam)
- Ust Ahmad Syarief
Semoga Allah mengampuni kami dari membuat keputusan mengikut hawa nafsu dan emosi semata. Dan diharap keadilan itu lebih hampir kepada kami semua berbanding rasa cenderung kepada mana-mana aliran parti dan kelompok. Agar keputusan yang dibuat ini merupakan satu keputusan yang adil dan saksama bagi kebaikan ummah. Wallahua’lam.
Ustaz Hasrizal's view : http://saifulislam.com/?p=10158
No comments:
Post a Comment