Bismillahirrahmanirrahim
Kewujudan golongan huffaz hari ini semakin hari dilihat semakin mendapat tempat di mata masyarakat. Saya lihat sangat berbeza berbanding 7,8 tahun yang lalu sewaktu saya masih hijau dalam bidang tahfiz Al-Quran. Bahkan hari ini kita melihat pusat2 tahfiz tumbuh dan bercambah di sana sini. Terbaru, berita kecemerlangan seorang pelajar perempuan yang hafiz Al-Quran dari Al-Manar Pasir Puteh Kelantan saya lihat sebagai satu factor besar yang semakin menarik perhatian masyarakat terhadap golongan hafiz dan hafizah masakini.
Secara keseluruhannya saya sendiri berasa syukur dan gembira. Tidak lagi seperti waktu2 dahulu yang mana lebih merasakan diri saya keseorangan dan bidang tahfiz bagaikan bidang yang tiada tempat dalam masyarakat. Namun begitu, apa yang saya perhatikan , meskipun golongan huffaz semakin meningkat hari demi hari, graduan tahfiz semakin bertambah tahun demi tahun, namun prestasi kita dalam melahirkan huffaz yang masyi Al-Quran dan cemerlang masih lagi di tahap mengecewakan.
Bukan sahaja saya, bahkan jika ditanya kepada guru2 atau pensyarah2 tahfiz pun, jawapan yang sama akan kedengaran. Gejala ini bukan sahaja hanya melahirkan huffaz yang ‘berkuantiti’ bahkan juga huffaz yang rendah diri dan tidak berdaya saing. Jika ditanya tentang perkara2 lain, tentang gelaran dan sebagainya maka ramai yang mahu mengangkat kepala dan mendabik dada , namun bila ditanya tentang Al-Quran, tentang sejauh mana ingatan, I’adah dan sebagainya masing2 lebih suka ‘mengalih topik’ dan menyembunyikan wajah.
Persoalannya, kenapa semua ini berlaku? Ramai sekali pelajar yang lahir dari bidang tahfiz, tetapi hanya sebahagian kecil yang benar2 ingat Al-Quran ataupun istilahnya ‘masyi’. Sepanjang pengalaman saya, saya lihat sangat sedikit golongan hafiz dan hafizah yang benar2 mampu menguasai hafazan mereka. Adakah untuk ingat Al-Quran begitu sukar? Adakah untuk jadi hafiz hafizah yang masyi teramat sukar?
Sindrom dan gejala ini semakin menular hari demi hari. Keadaan semakin bertambah buruk bilamana para huffaz khususnya yang telah khatam hafazan mula menukar haluan atau memilih jurusan lain untuk melanjutkan pengajian. Segala2nya berterabur, bermula dari rutin harian, jadual iadah sehinggalah kepada penjagaan hafazan semakin hancur dan melebur. Lebih menyedihkan apabila golongan ini seolah2 ingin menjadikan persoalan2 tersebut sebagai ‘urusan peribadi’ dan tidak mahu ianya dipersoalkan dan dibicarakan.
Membina generasi huffaz yang ingat Al-Quran
Di atas ilmu yang serba kekurangan dan pengalaman diri yang masih terlalu cetek, saya berbesar hati untuk membantu sahabat2 saya para hafiz dan hafizah dalam bidang tahfiz Al-Quran. Saya percaya, masalah setiap orang adalah berbeza dan kemampuan masing2 juga tidak sama. Justeru apa yang akan saya lakukan adalah berkongsi, memberi motivasi dan membantu anda menerusi ruangan untuk soal jawab.
Mungkin ada hikmahnya apabila Allah ‘train’ saya sebagai blogger sejak 3 tahun yang lepas. Menjadi blogger bukanlah sesuatu yang mudah dan ringan bahkan suatu amanah dan tanggungjawab meskipun tidak dibayar dan diberi gaji. InsyaAllah selepas ini , blog saya iaitu hafizquran.blogspot.com akan saya jadikan wadah rasmi atau proksi saya untuk perkongsian ilmu2 , tips2 dan petua2 bersama sahabat sahabiah para hafiz dan hafizah di luar sana.
Secara kasarnya, saya bahagikan fatrah masa bagi huffaz Al-Quran kepada tiga pembahagian yang akan kita bincangkan secara berperingkat.
Pertama :
Fatrah sebelum anda menghafaz Al-Quran. Samada umur anda 8 tahun atau 18 tahun dan sebagainya. Secara terperinci akan saya bawakan tips2 , petua2 dan perkara2 lain bagi fatrah ini.
Kedua :
Fatrah ketika anda SEDANG atau BARU khatam menghafaz Al-Quran , iaitu sebelum mencapai pusingan satu tahun khatam. Apa masalah yang biasa dihadapai ketika ini. Banyak hafal banyak lupa, malas iadah tapi rajin nak tasmi’ baru, putus asa untuk capai target, ingin berhenti dan masalah2 lain yang biasa berlaku mengikut pemerhatian saya.
Ketiga :
Fatrah yang jarang dibincangkan , iaitu ketikamana anda telah bertahun2 khatam Al-Quran. Contohnya dah 3 tahun khatam hafaz, tapi bila ditanya malu mengaku, bila di’tebuk’ semuanya lompong dan berlubang. Masalah lain, contohnya sudah bekerja atau terlau sibuk sehingga tiada masa untuk iadah dan menjaga hafazan. Akhirnya dia sendiri ‘tak perasan’ bahawa dia sebenarnya seorang hafiz atau hafizah Al-Quran. Ini fatrah paling saya risau dan akan saya tekankan dari segi betapa penting kita menjaga hafazan2 kita, bagaimana ingin ‘maintain’ masyi dan sebagainya.
Saya utamakan perbincangan bersama
Niat dan hasrat saya bukan untuk menghukum, membuat keputusan atau menyalahkan anda. Sebaliknya ruang ini saya buka khusus untuk sahabat2 hafiz dan hafizah untuk berkongsi ilmu , menceritakan masalah dan sebagainya. Saya amat berbesar hati untuk menolong anda setakat termampu. Jika segan dengan identity, tidak perlu sertakan nama. Asalkan ianya berbentuk ilmiah dan membina, saya akan berikan perhatian sewajarnya.
Perbincangan ini juga saya utamakan kepada adik2 junior saya hafiz dan hafizah Darul Quran. Untuk makluman anda semua, saya jarang sekali mengeluarkan ‘statement’2 tentang huffaz Al-Quran waktu di Darul Quran dahulu. Sekarang saya merasakan perlu lebih terbuka dan bersikap ‘membantu’ , setelah saya meneliti permasalahan yang berlaku saban tahun pada generasi2 selepas saya.
Anda exco persatuan atau aktif dalam sem dan kekurangan masa untuk iadah seperti sahabat2 yang lain, itu bukan bermakna anda tidak mampu untuk bersaing dan menjadi yang terbaik. Ada caranya. Ada rahsianya. Buktinya ada yang mampu dan telah berjaya. Anda putus asa, ingin menukar bidang dan meninggalkan Darul Quran ketika di semester 1 , 2 atau seterusnya. Ada puncanya , ada petua dan tips yang perlu anda tahu. Permasalah2an ini adalah antara yang kerap dihadapi oleh sebahagian hafiz dan hafizah.
Setakat termampu saya akan membantu. Apa yang kita harapkan adalah untuk melahirkan lebih ramai generasi huffaz Al-Quran yang bukan sahaja berjaya menamatkan hafazan bahkan mampu mengingati kesemua Al-Quran ( masyi ) , mampu untuk cemerlang ( mumtaz ) dan seterusnya mengaplikasikan Al-Quran sebagai wadah hidup. Andai usaha ini diteruskan, saya yakin suatu hari nanti akan lahir suatu EMPAYAR HUFFAZ yang mampu mengetuai dunia. Nothing is impossible to us!
Assalamualaikum.. Saya begitu teruja dengan apa yg diusahakan. Adakah ada data yang menunjukkan bahawa banyak hafiz gagal menguasai hafalan al-quran? dan mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menghalang?
ReplyDelete