Monday 29 August 2011

Ramadhan Passed, Syawal Appears


  DALAM tempoh beberapa jam lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan hari kemenangan iaitu Aidilfitri. Sudah pasti juga ketika ini ramai yang tidak sabar mahu pulang ke kampung bagi merayakan hari kemenangan ini.
Selepas sebulan berpuasa umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa sepanjang Ramadan diibaratkan suatu 'madrasah' atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.

Bukan saja menahan lapar dahaga, malah juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di hadapan orang, malah juga apabila bersendirian.
Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah. Manifestasi kemuliaan Ramadan dapat dilihat daripada sudut amalan umat Islam seperti bersolat terawih, bersedekah, bertadarus al-Quran dan banyak lagi.
Hampir sebulan mengikuti institusi Ramadan, kini tiba pula masa untuk meraikan Aidilfitri. Amat rugilah orang yang langsung tidak mengambil pengajaran daripada falsafah Ramadan itu sendiri.
Jelas kegirangan dan kegembiraan tersemat dalam hati Muslimin dan Muslimat sekalian kerana kemenangan di hari yang mulia ini. Pelbagai persiapan diadakan bagi menyambut hari kemenangan itu. Pada kebiasaannya kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya.
Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih tetap diteruskan memandangkan ia adalah tuntutan hukum syarak. Namun, sudah tentulah hiba di jiwa tidak dapat dielakkan ketika menyambutnya.
Mengunjungi pusara ibunda khususnya menjadi kemestian di hari lebaran ini. Walaupun yang pergi tidak akan kembali sebagai tanda ingatan sekalung doa dan bacaan ayat-ayat suci dititipkan kepada mereka. 
Dalam segi bahasanya, Aidilfitri bermakna kembali kepada fitrah. Kita sebenarnya kembali kepada fitrah iaitu suci dan bebas daripada dosa. Tatkala Aidilfitri, umat Islam suci daripada dosa kerana madrasah Ramadan membersih segala dosa kita.
Namun, tidak kurang juga kita yang kecundang dan gagal menjadi graduan madrasah Ramadan ini apabila mereka kembali kepada fitrah sebelum Ramadan iaitu sikap negatif terlalu obses dengan hawa nafsu dan meminggirkan ibadah kepada Yang Maha Esa.
Mereka kembali kepada kehidupan penuh dosa dan menindas golongan lemah, makan makanan yang tidak tentu halal haramnya dan daripada sumber yang diragukan.
Malah fitnah memfitnah, mengadu domba dan menuduh orang lain tanpa bukti dan siasatan juga telah menjadi norma dalam kehidupan mereka.
Golongan ini adalah golongan yang sangat rugi kerana tidak mengambil iktibar daripada ajaran Allah.
Pada hari kemenangan ini, jangan dilupa golongan yang tidak bernasib baik. Semangat persaudaraan Islam mesti diutamakan di samping mengeratkan silaturahim sesama ummah.
Golongan kurang bernasib baik ini juga berhak merayakan Aidilfitri seadanya.
Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya.
Patuhi peraturan lalu lintas dan utamakan keselamatan. Moga-moga selepas berhari raya kita dapat kembali ke darul quran dengan selamat untuk meneruskan perjuangan yang tidak akan sudah ini.
Agama Allah memerlukan kita meneruskan perjuangan menegakkan kalimah-Nya di muka bumi ini sesuai dengan peranan sebagai khalifah.
Aidilfitri bukanlah semata-mata suatu adat, tetapi lebih kepada ibadat berasaskan sumber hukum yang jelas. Oleh kerana ia adalah suatu ibadat, hari besar ini wajar dipenuhi dengan ibadat yang dituntut Allah.
Ia tidak hanya ziarah menziarahi, tetapi mengeratkan silaturahim. Ia tidak hanya berborak-borak, tetapi menegakkan syiar dan dakwah Islamiah. Ia bukan juga hanya menyanyi kegembiraan, tetapi menambah zikir dan takbir kepada Yang Maha Esa.
Pemborosan dan pembaziran semata-mata bagi menyambut Aidilfitri sebenarnya adalah tergelincir daripada apa dianjurkan Islam. Islam menggalakkan umatnya merayakan hari kemenangan ini, tetapi dalam sukatan dan kadar tidak menjurus kepada pembaziran
Alangkah baiknya jika wang lebihan itu digunakan bagi manfaat perjuangan Islam dan membantu golongan memerlukan.wallhua'alam~
semoga kita beroleh kemenangan yang sebenar-benarnya. Taqabbalallahu minnaa waminkum~ :)

Wednesday 17 August 2011

cina muslim haram berpuasa?


Kini Muslim Uighur kembali menderita terbaru akibat tindakan keras pemerintah Cina terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu dengan larangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid.

"Jika ada tokoh agama bertazkirah Ramadhan atau mendorong orang untuk ambil bagian, maka mereka akan kehilangan keizinan permit untuk berdakwah," kata Dilxat Raxit, juru cakap Kongres Uighur Dunia yang berpangkalan di Munich minggu lalu. "Kes yang lebih serius apabila penangkapan dibuat bagi mereka yang melakukan ibadah tarawih yang dinilai menyalahi undang-undang" katanya lagi.

Dibawah pemerintahan Beijing, Pemerintah Daerah Xinjiang, penduduk Islam diminta menandatangani 'surat akuan' yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan.

Sementara perusahaan swasta menawarkan makanan disiang-hari kepada pekerja Muslim Uighur. Siapa yang menolak untuk makan akan kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan.

Sasaran juga termasuk sekolah Islam, untuk menyediakan makan diwaktu siang hari selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan siswa di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap dibuka sepanjang hari.

Kawalan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Mereka harus mendaftar dengan kad pengenalan mereka. "Mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk berkumpul dan berbicara satu sama lain," tegasnya.

Sehari sebelum dimulainya bulan suci ramadhan bagi umat Islam Cina, setidaknya 11 orang terbunuh dalam rangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak pemerintah Cina menyerang minoriti etnik setelah polis Cina menembak mati dua Muslim pada minggu lalu.

Sebelum 18 orang Islam dibunuh dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pemerintah Cina. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan dituduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan istri mereka yang mengenakan jilbab.

Tuesday 16 August 2011

al-mubarak

Salam Ramadhan :)
Sempena ketibaan bulan penuh barakah ini, pihak BPI melalui Unit Penerbitan dan Informasi telah menggembleng usaha untuk menerbitkan sebuah makalah khas bertemakan Ramadhan Kareem. Al-Mubarak telah berjaya dicetak dan diedarkan kepada ahliahli semester dengan harga sebanyak RM5. melalui rangkaian luar, Al-Mubarak juga berjaya diedarkan di sekolah-sekolah menengah untuk mengketengahkan 'geist' Ramadhan Kareem, di samping memperkenalkan Darul Quran kepada masyarakat luar.

Semestinya, hasil karya yang dipaparkan berkualiti dan padat informasi. Terdapat artikelartikel berhubung isuisu semasa yang hangat,diskusi ilmiah, komik islami, dan berbagaibagai lagi. Sungguh, inisiatif seperti wajar dibaca oleh umum. Oleh itu, dapatkannya di pihak BPI dengan segera ya! :D




Sunday 7 August 2011

Wang Biasiswa Diguna Untuk Kahwin

Salam. Kali ini, BPIteam ingin share satu jawapan yang kerap menjadi pertanyaan dalam kalangan pelajarpelajar universiti, baik yang belajar di luar negara atau pun dalam negara. Seringkali kita lihat, ada pasangan yang bernikah sewaktu belajar. Namun, bagi sesiapa yang masih tertanyatanya akan status duit biasiswa itu digunakan untuk perbelanjaan urusan perkahwinan, BPIteam berkongsi jawaban. moga bermanfaat :) TCGB

Jawapan dari :Dr. Zaharuddin Abd Rahman

SOALAN 1

Assalamualaikum Ustaz..

Nama saya syafiq,seorang pelajar perubatan luar negara. Saya ada satu kemusykilan. Bolehkah saya menggunakan duit yg diberi kerajaan untuk perbelanjaan di luar negara itu untuk kegunaan persiapan perkahwinan?..Bagaimana dengan status wang tersebut dalam hal ini?

Mohon pencerahan daripada ustaz.



JAWAPAN

Menurut kefahaman saya, duit yang diberikan oleh kerajaan di atas nama biasiswa adalah suatu tajaan belanja kepada pelajar untuk sara hidup pelajar. Asal hukum bagi penggunaan jumlah tajaan yang diberikan mestilah dirujuk pada kontrak biasiswa yang ditandatangani.

Sementara itu, status hukum Islam dalam soal ini adalah HARUS ATAU DIBENARKAN untuk pelajar menggunakannya untuk apa juga tujuan, kerana ia adalah wang yang telah diserahkan miliknya kepada pelajar. Justeru, selaku pemilik yang sah kepada wang tajaan itu, pelajar bebas menggunakan wang tajaan itu untuk sebarang tujuan yang dirasakan sesuai selagi menepati hukum Islam. Atas dasar tersebut, harus saudara selaku pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin.

Pun begitu, perlu diingatkan sekali lagi, isi kandungan kontrak perlu disemak semula, kerana jikalau terdapat klausa di dalam kontrak yang menghalang pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin atau apa-apa tujuan lain, di ketika itu, mestilah pelajar menepati apa yang telah dipersetujuinya. Ini berdasarkan hadis nabi :-

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إِلا شَرْطًا أَحَلَّ حَرَامًا، أَوْ حَرَّمَ حَلاَلاً

Ertinya : Orang muslim dipegang pada syarat yang dipersetujuinya, selagi mana syarat tersebut tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram. ( Riwayat Abu Daud)

Dan juga firman Allah :

يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ

Ertinya : Wahai orang yang beriman, tunaikanlah kontrak-kontrak kamu ( Al-Maidah : 1)

Kesimpulannya, rujuklah isi kontrak yang telah ditandatangani dan jika tiada disebut apa-apa maka boleh digunakan untuk persiapan kahwin atau kahwin. Cuma perlu difahami biasiswa diberikan untuk menamatkan pengajian, justeru menjadi amanah dan tanggungjawab untuk menyudahkan pengajian dengan jayanya jika berkahwin sewaktu belajar, tambahan pula menggunakan wang biasiswa.

Sekian


Dr. Zaharuddin Abd Rahman
20 Julai 2011

www.zaharuddin.net

Monday 1 August 2011

chicken soup for the soul .1


A young man had been to Wednesday Night Class of Quranic Studies. The Mualim had shared about listening to Allah and obeying Allah through intuition.
The young man couldn't help but wonder, 'Does Allah still speak to people through intuition?'

It was about ten o'clock when the young man started driving home. Sitting in his car, he just began to pray,

'Allah...If you still speak to people, speak to me. I will listen.. I will do my best to obey.'

'Okay, Allah, I will.'
 
 

He drove several blocks, when suddenly, he felt like he should stop. He pulled over to the curb and looked around.

 

He was in a semi-commercial area of town. It wasn't the best but it wasn't the worst of neighborhoods either. The businesses were closed and most of the houses looked dark like the people were already in bed. Again, he sensed something, 'Go and give the milk to the people in the house across the street.'

 

The young man looked at the house.. It was dark and it looked like the people were either gone or they were already asleep.

 

He started to open the door and then sat back in the car seat.


'Allah, this is insane. Those people are asleep and if I wake them up, they are going to be mad and I will look stupid.' 

Again, he felt like he should go and give the milk. Finally, he opened the door,

'Okay Allah(SWT), if this is you, I will go to the door and I will give them the milk. If you want me to look like a crazy person, okay. I want to be obedient. I guess that will count for something, but if they don't answer right away, I am out of here.'

 

He walked across the street and rang the bell. He could hear some noise inside. A man's voice yelled out, 'Who is it? What do you want?' Then the door opened before the young man could get away.

The man was standing there in his jeans and T-shirt. He looked like he just got out of bed. He had a strange look on his face and he didn't seem too happy to have some stranger standing on his doorstep. 'What is it?'


The young man thrust out the gallon of milk, 'Here, I brought this to you.' The man took the milk and rushed down a hallway. Then from down the hall came a woman carrying the milk toward the kitchen. The man was following her holding a baby. The baby was crying. The man had tears streaming down his face.

The man began speaking and half crying, 'We were just praying. We had some big bills this month and we ran out of money.. We didn't have any milk for our baby. I was just praying and asking Allah(SWT) to show me how to get some milk.'

 

His wife in the kitchen yelled out, 'I ask him to send an Angel with some. Are you an Angel?'

 

The young man reached into his wallet and pulled out all the money he had on him and put in the man's hand. 

 

He turned and walked back toward his car and the tears were streaming down his face. He knew that Allah (SWT) still answers prayers.


Subhanallah.. :)
UKHWAH DAY


                                                                 backdrop ceramah 

Aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program ini ialah explorace, rehlah, sukaneka, ceramah, tayangan kungfu panda 2 dan qiyamullail.

     penanda buku sebagai  buah tangan peserta, 
marshmallow dalam perut, ke    invisible??