Thursday, 25 October 2012

Bukan dalam 'fatrah exam'. Memang dalam 'exam' pun!

'Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).' - Al-Anbiyaa' : 1 

 Pada saat dan ketika ini, pasti pelajar-pelajar IQRaC sedang struggle mengulang Al-Quran (atau istilahnya femesnya : iadah) untuk imtihan yang bakal menjelang pada 19/11 ini.

Mungkin sup tulang dalam periuk pun hanya dipandang sebelah mata kerana khusyu' iadah.

Dahsyat penangan imtihan ni!

Tapi,, dalam kesibukan fatrah exam ini, mungkin kita terlupa. Kita memang sedang berada dalam exam.

'Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.' - Al-Hajj : 47

Sesetengah ulama' mena'wilkan bahawa sehari di dunia bersamaan dengan seribu tahun di akhirat berdasarkan ayat ini.

Mari kita buat sedikit kira-kira :

1 hari (dunia) = 1000 tahun (akhirat)
Purata tempoh hidup seorang manusia di dunia = 63 tahun
63 tahun (dunia) = approximately 1 jam 30 minit (akhirat)

Can you understand what does it mean?

Biasanya di dunia, 1 jam 30 minit merupakan tempoh standard sesebuah peperiksaan(well, mostly). Dan bila kita guna AST (Akhirat Standard Time) untuk kira tempoh hidup kita di dunia, tempohnya hanyalah 1 jam 30 minit di akhirat! Bukankah 1 jam 30 minit itu standard duration for exams?



Konklusi : Hidup di dunia adalah exam.

Dalam sibuk struggle iadah, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang untuk memastikan kita mencapai gred 4 rata dalam exam akan datang, adakah kita peruntukkan effort yang sama untuk beribadah, beramal soleh, mengerjakan amal kebajikan untuk mencapai gred 4 rata di hadapan Allah nanti?

Allahu Allah.

Sekadar peringatan untuk kita semua. Exam ini (imtihan) tidak sama dengan exam itu (life on earth).

Exam ini dah ditentukan tempoh masa menjawab. Namun exam itu tidak. Bila-bila masa Allah boleh menyuruh kita 'meletakkan pen' dan 'berhenti menjawab' sedangkan ketika itu kita belum habis lagi 'fill in the blanks' dalam 'buku jawapan'. Dan ada sesetengah pula Allah beri 'masa kecemasan' supaya dia dapat  'mengcheck' kembali jawapan-jawapan yang telah ditulis samada bertepatan dengan kehendak 'skema jawapan' atau tidak. Tiada tempoh yang khusus.

'Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.' - Al-A'raaf : 34

Alwajibat aksar minal awqat. Kewajipan yang perlu kita tunaikan lebih banyak daripada masa yang ada. Apabila Allah telah mengingatkan kita tentang hakikat nyawa kita boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja di dalam Al-Quran, adakah sekarang kita masih berasa selesa apabila mempunyai masa lapang? Sedangkan masa yang Allah peruntukkan itu adalah untuk kita penuhi dengan membuat gerak kerja Islam? Untuk kita berusaha menjadi khalifah dan abid yang terbaik pada pandangan Allah? Namun apa yang telah kita buat dengan masa kita di dunia? Astaghfirullah. Kita kena sedar, dunia ini hanya medium untuk Allah uji sejauh mana ingatan kita kepada Dia dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

" Seorang lelaki bertanya kepada naqibnya, "Akhi, apa hobi seorang daie sebenarnya?" Naqibnya tersenyum, "Hobi itu perkara yang orang buat bila ada masa lapang kan?" Lelaki itu mengangguk. Naqibnya tersenyum lebih lebar, "Daie ada masa lapang ke?"


Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.


Next, exam ini kalau fail ada dur (exam ulangan). Exam itu takde dur. Untuk menghadapi exam ini, kita berusaha sungguh-sungguh untuk lulus sebab kita tak nak keputusan yang buruk itu menyebabkan kita diexpell keluar daripada kampus, sedangkan kalau kita gagal sekalipun, masih ada dur a.k.a peluang kedua untuk kita give our best. Tapi exam itu? Takde dur. Apa yang dicatat oleh Raqib & Atid, itulah satu-satunya 'buku jawapan' yang akan kita berikan kepada Allah. Kalau amalan jahat kita lebih banyak daripada amalan baik, maka itulah yang akan menentukan result kita. Takde peluang kedua.

'(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata. "Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.' - Al-Mu'minun : 99-100

Sekarang, yang mana lebih patut kita takuti? Dibuang kampus atau dicampakkan ke dalam neraka Allah yang apinya marak menyala?



Seterusnya, kalau kita mempunyai bekalan ilmu yang mantap untuk menghadapi exam ini, insyaAllah kita boleh berjaya. Tapi untuk exam itu, ilmu tak menjamin apa-apa, yang penting iman. Kalaulah exam ini kita dapat soalan bocor, revise lah banyak-banyak, insyaAllah boleh succeed dalam imtihan nanti. Tapi untuk exam itu, walaupun kita revise sebanyak mana sekalipun untuk jawab soalan di kubur nanti, belum tentu lagi kita boleh jawab. Sebab iman dan amal kita yang akan jawab ketika itu. Bukan mulut kita yang pandai merekacipta alasan ni mahupun ilmu kita yang kononnya sangat tinggi berbanding orang lain tu. Bayangkan. Itu dah dapat soalan bocor. Kalau takde soalan bocor?



Selain tu, bezanya exam ini dengan exam itu. Exam ini exam inilah. Exam itu, ada banyak lagi exam dalam exam itu.

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.' - Al-Baqarah : 155

'Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik. - Ali Imran : 14


'Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.' - Al-Kahfi : 46


"Ujian Allah itu tailor-made. Ukurannya mungkin tak sama untuk semua orang tapi ukurannya akan sentiasa secocok dengan pemiliknya. Allah tak membebani hambaNya melainkan dengan apa yang mereka mampu."

Dalam kehidupan di dunia ni, kita diuji dengan bermacam-macam jenis ujian. Ujian yang mengajar kita bersabar dan juga ujian yang mengajak kita bersyukur. Kadangkala kita mengeluh bila diuji dengan musibah, tapi jarang sekali kita ingat bahawa musibah itu adalah satu wasilah untuk Allah mengingatkan kita kepada Dia. Allah rindu untuk mendengar rintihan dan lirihan hambaNya meminta pertolongan dan kekuatan daripadaNya. Tapi sayang, kita bukan merintih dan melirih, malah kita mempersalah dan mempersoal. Kita bersangka buruk dengan Allah apabila musibah menimpa kita. Hamba jenis apa kita ni sampaikan kita boleh mempersoal takdir yang Pencipta kita dah tetapkan untuk kita? Astaghfirullah.

Dan bila kita diuji dengan kesenangan, kita terlupa kepada Si pemberi kesenangan. Apakah semua ini? Adakah kita fikir jawapan atau reaksi sebegini akan membantu kita berjaya dalam exam itu?



Seram kan exam itu berbanding exam ini?

Tapi jangan risau, Allah itu maha Penyayang. Biasanya dalam exam, kadangkala jawapan kita tak menepati skema pun tapi kita boleh skor A++. Sebab skor kita turut bergantung kepada budi bicara pemeriksa kertas. Begitu juga untuk exam itu. Allah takkan menzalimi hamba-hambaNya.



Allah tahu kita tak sempurna, Allah tahu kita makhluk yang lemah. Sebab itulah, Allah tak masukkan kita dalam syurga kerana banyaknya amalan kita. Tapi kita dapat masuk dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang Allah. Tahu kenapa? Sebab walaupun setiap saat dalam hidup kita peruntukkan untuk beribadah dan melakukan amal kebajikan, tetap amalan itu tak dapat menandingi besarnya rahmat dan kasih sayang Allah. Dan memandangkan manusia ni an-nisyan, memang agak mustahil la untuk kita melakukan amal kebaikan pada setiap detik tanpa ada sesaat pun tertinggal.

'(Ingatlah) pada hari (ketika) setiap jiwa mendapatkan (balasan) atas kebajikan yang telah dikerjakan dihadapkan kepadanya, (begitu juga balasan) atas kejahatan yang telah dia kerjakan. Dia berharap sekiranya ada jarak yang jauh antara dia dengan (hari) itu. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya. Allah Maha Mengasihani terhadap hamba-hambaNya.' - Ali Imran : 30

Kerana Allah kasihkan kita, kerana Allah kasihani kita, Allah mengingatkan kita tentang hari pembalasan yang tidak boleh tidak, pasti berlaku. Sebab Allah tahu manusia ini pelupa, Allah mengingatkan kita berkali-kali tentang hari qiamat dalam Al-Quran. Sebagai huffaz yang hari-harinya sentiasa dipenuhi dengan membaca Al-Quran, kita tak rasa ada 'something' yang terkesan di jiwa ke bila terbaca ayat-ayat yang berkaitan dengan hari pembalasan? .... Exam itu memang dahsyat. Sebab itu Allah selalu peringat.

Post ini dibuat sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan mereka yang lain supaya kita kembali jelas dengan kondisi kita yang sebenar.

Kita bukan dalam 'fatrah exam', kita memang dalam 'exam' pun!

Kita bukan sahaja nak berjaya dalam exam akademik di dunia, tapi kita juga nak berjaya dalam exam dunia di akhirat.

Exam ini mungkin merupakan satu wasilah untuk Allah mengingatkan kita tentang exam itu. Usaha kita yang tak berbelah bahagi untuk exam ini mungkin merupakan satu medium untuk Allah mengingatkan kita supaya turut berusaha bersungguh-sungguh untuk exam itu.

We must struggle to achieve flying colours for the coming exam, but never forget to strive for Mardhatillah for this ongoing exam.

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, nyawa dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.' - At-Taubah : 111

Exam itu memang susah. Perlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi untuk survive dengan jayanya. Berjuang dan berkorban memang perit. Tapi ingatlah yang Allah dah menjanjikan syurga bagi mereka yang sanggup menjualkan nyawa dan harta mereka ke jalan Allah. Ingat syurga tu murah ke? Itu sebab nilai pengorbanan pun kena banyak. ^^


Moga raya korban kali ini, mengajar kita untuk BERKORBAN dalam erti kata sebenar. :)


"To the world, you may be an icon, a revolutionary, or a billionaire. But to the angel of death, you're just a name on a list."

Saturday, 15 September 2012

The Light - 1st edition

The Light merupakan risalah bulanan yang dikeluarkan oleh Biro Penerbitan & Informasi (BPI) IQRaC dan risalah tersebut diedarkan kepada semua IQRaCians.

These are some of the contents from The Light 1st edition. Sekilas pandang~









Kalau nak tengok yang full punya, marilah ke Darul Quran! :)



Sunday, 17 June 2012

Let we know about SYRIA...!!

 

       

  Bersama Revolusi Syria

 
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :
 
1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

 
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :
1) Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri.

2) Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.

3) Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.

4) Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.

Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar. Wallahul musta'an.


 Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Apa hubungan Rusia dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Syria dan Russia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Pada zaman Presiden Hafez Al-Assad ayah kepada Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Rusia.
Syria menggunakan alat persenjataan dari Russia dan dari Blok Sosialis. Manakala Rusia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di perlabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan perlabuhan Russia di utara Eropah disalut oleh air batu, maka perlabuhan Syria menjadi tempat terbaik.

(Gambar menunjukkan pembunuh nombor satu umat Islam Syria, Bashar Asad Si Nusairi)


Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas apabila dijelaskan oleh media Barat dan pro Barat.

2-Media-media Barat sebenarnya tidak mahu dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar daripada ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi hakikatnya sejak zaman ayah Bashar Asad lagi (Hafez Al-Asad) tidak ada satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Bukit Golan yang terletak di bumi Syria telah dikuasai oleh Israel.

4-Kita banyak tidak tahu tentang isu Syria selama ini kerana media telah dikawal oleh pihak rejim Bashar Asad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.

5-Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada rakyat Syria yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. 



Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah ;

1) Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?
Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah ;

1-Mereka bertuhankan matahari.
2-Mereka bertuhankan bulan.
3-Mereka juga ada yang bertuhankan awan.
4- Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.

Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.

2) Apakah pandangan ulama' terhadap pegangan ini?

Ijma' Ulama' Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat.




SAVE SYRIA...!!!

Thursday, 9 February 2012

CINTA KEPADA 'LELAKI GHAIB' ITU


“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Bagaimana hendak mencintai seorang manusia yang kita tidak pernah jumpa?
Tidak pernah bertentang mata.
Tidak pernah melihat wajah dan susuk tubuhnya.
Soalan itu menerjah fikiran kita hari ini, tatkala diajak mengasihi seorang lelaki Arab bernama ‘Muhammad bin Abdullah’.
Apatah lagi yang diajak itu adalah anak-anak.
Mungkinkah mereka jatuh cinta dengan ‘lelaki itu’?
Lelaki yang tidak pernah ditemui. Tidak pernah dikenali.
Namun mencintai seorang secara ghaib bukan sesuatu yang mustahil. Lihat geng-geng rambut pacak itu. Mereka itu sedang bercinta dengan siapa? Cuba tanya siapa pelopor rambut pacak itu, di mana kampungnya, apa makanan kegemarannya, siapa isterinya, apa nama anak-anaknya dan mengapa nama mereka begitu, dia bermain bola dengan kelab mana, pasti rambut pacak itu mudah disusuli dengan jawapan lengkap pada soalan-soalan itu tadi.
Tetapi pernahkah mereka bertemu dengan David Beckham?
Bertuturkah mereka dengan bahasa Beckham?
Pernah ke Manchester?
Pernah ke Madrid?
Pernah ke Los Angeles?
Majoritinya hanya menggelengkan kepala.
Tetapi mereka sangat memuja lelaki itu. Baik lelaki, mahu pun perempuan. Mereka tidak pernah bertemu dengannya, tetapi ‘amat menyintainya’.
Kredit Ilustrasi whateverattack.deviantart.com

Tanyalah budak muda rambut lebat sikat ke depan, kurus kering mendedah tulang rusuk dengan gaya seksi seperti K-Pop yang dipaksa menjadi M-Pop, mereka itu sedang bercinta dengan siapa? Pernahkah mereka ke bumi Sonata? Bertuturkah mereka dengan bahasa Korea? Pasti sahaja genre yang dipaparkan itu lengkap dengan info sirah kehidupan Kim Jaejoong dan Jung Ji-Hoon.
Generasi muda kita memang ramai yang sedang bercinta dengan cinta yang ghaib. Menyintai seorang yang tidak pernah ditemui.
Keupayaan cinta yang sepatutnya membolehkan mereka mencinta lelaki ghaib paling hebat, Muhammad bin Abdullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
SEPERTI AL-QURAN
Ali bin Hussein bin Ali radhiyallahu ‘anhum pernah berkata, “Kami diajari dengan Seerah sebagaimana kami diajari dengan al-Quran”
Seorang cicit juga sudah masuk ke cabaran itu.
Mencintai moyangnya, seorang Rasul yang mulia, lelaki ‘ghaib’ yang tidak pernah ditemuinya. Namun cintanya kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang hasil pendidikan. Beliau didedah, diajar, dibentuk dan membesar dengan mempelajari Sirah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, seperti mana dampingannya dengan al-Quran itu sendiri.
Apakah yang menemani anak-anak kita?
Cukupkah beberapa minit di sekolah mereka didedahkan kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam?
Sesungguhnya anak-anak kita mampu mengasihi ‘lelaki ghaib yang tidak pernah ditemui itu’.
Asalkan mereka dididik mengenalinya oleh kita yang terlebih dahulu perlu bertanya, “cintakah aku kepada lelaki ghaib itu?”


“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” [Al-Ahzaab 33: 56]
=====================================
Allahumma solli 'ala muhammad waa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim~
**juga ada disiarkan dalam risalah mingguan kami, Quantum Huffaz,lebih ringkas dan padat**