Wednesday 21 September 2011

BAKTI RAMADHAN



Bakti Ramadhan diadakan sempena kempen bi'ah solehah yang dianjurkan oleh pihak Lajnah Dakwah dan Tarbiyah PERKEMAT. Program ini diadakan pada 20 dan 21 Ogos 2011 bersamaan 20 dan 21 Ramadhan 1432 H.
MASA : Sabtu ( 6 a.m-11 p.m)
             Ahad ( 7 a.m- 12 p.m)
TEMA : Bakti disemai, kasih dituai, mardhatillah dicapai.
ANJURAN : Biro Perhubungan dan Aktiviti Luar,Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC) melalui Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT)
Antara objektif yang disasarkan adalah ;
1.       Merapatkan hubungan huffaz dengan masyarakat.
2.       Memberi peluang kepda huffaz berbakti kepada masyarakat.

                                                                                               
Serba sedikit tentang perjalanan program bakti ramadhan yang telah berlangsung selama dua hari...
Sabtu ;
-          Iftor iqracians bersama anak yatim. Turut menjemputpengarah DQ, penasihat PERKEMAT, penasihat IQRAC, PERKEMAT dan perwakilan semester bertempat di Dewan Seminar Maktabah. Tazkirah dan solat tarawih diimamkan oleh imam muda Ahmad Syakir b Zamri bertempat di Masjid Al Huffaz. Seterusnya, ceramah bertajuk madrasah Ramadhan membentuk jiwa sufi oleh ustaz Wan Nasir b Abd Wahab.

Ahad ;
-          Seramai 59 banin dan banat berbakti di rumah kebajikan OKU yakni Taman Sinar Harapan KKB. Gotong royong telah diadakan di sana, slot hati ke hati bersama penghuni dan majlis penutup. Seramai 62 banin dan banat pula pergi ke masjid KKB bergotong royong membersihkan masjid di sana.






No comments:

Post a Comment