Tuesday 20 September 2011

I'JAZUL QURAN

Pada tarikh 6 dan 7 Ogos beramaan 6 dan 7 Ramadhan 1432 H, Perkemat DQ melalui Biro Akademik, IQRAC telah berjaya menganjurkan program I'jazul Quran khas untuk ahli IQRAC sendiri dan terbuka kepada semua siswa dan siswi Darul Quran. Tema yang dibawa sepanjang perjalanan program ini adalah Menyusuri infiniti ilmu di sebalik kitab agung.
OBJEKTIF :
1.       Membongkar rahsia sains dalam Al Quran sebagai bukti kemukjizatannya.
2.       Menggalakkan pelajar untuk mentadabbur ayat-ayat quran selain menghafal dan mengetahui maknanya.
3.       Menjana pemikiranhuffaz kea rah lebih kreatif dan kritis dalam segenap perkara.
4.       Meningkatkan keyakinan terhadap kemukjizatan Al Quran.

TENTATIF
6 Ogos ;
8.00 a.m : Pendaftaran
9.00 a.m – 1.00 p.m : Ceramah (Pengukuhan akidah melalui penghayatan sains dalam Al Quran) oleh Prof. Madya Dr. Mohd Arip Bin Kosmo
1.00 p.m : Pameran
2.30 p.m : Pertandingan dokumentasi Sains & Al Quran
5.00 p.m- 6.00 p.m : Pameran.
7 Ogos ;
8.30 a.m – 11.30 a.m : Ceramah ( Hujah missionary dengan Al Quran) pengalaman alumni FCR oleh Sir Mas Yuri b. Mahyiddin
11.30 a.m- 1.00 p.m : Majlis Penutup
2.00 p.m – 6.00 p.m : Pameran dan jualan buku0buku menarik di Dewan Baru.
LAPORAN PERJALANAN PROGRAM
6 Ogos ;
-          Kira-kira dalam 7.30 a.m, setiap kumpulan sibuk menghias dan menyiapkan tempat pameran masing-masing di Dewan Baru.
-          8.00 a.m, pelajar IQRAC mula hadir dan mendaftarkan diri di hadapan  auditorium dan turut dihadiri oleh pelajar diploma. Sementara menunggu kehadiran penceramah,( Dr. Arip) ahli audi ditayangkan video dan lagu santai oleh unit teknikal. Kira-kira jam 9.00 a.m, penceramah datang dan ceramah tentang PASAK bermula. Video-video yang disediakan oleh Dr. Arip cukup menarik minat peserta sehingga hampir semua khusyuk dan memberi perhatian. Ceramah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar IQRAC dan diploma. Ceramah yang asalnya dirancang tamat pukul 12 akhirnya dipanjangkan sehingga pukul 1.
-          Pelajar banin melawat pameran. Kemudian, juri jemputan yang terdiri daripada YDP, YDPahdan EO IQRAC hadir pada jam 2.20 p.m dan pertandingan dokumentasi Sains dan Al Quran bermula. Pertandingan dinilai mengikut 4 kategori, iaitu kreativiti, tafsir, isi dan teknik pembentangan masing masing dengan 30 markah. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil masing-masing dengan penuh gaya dan bersemangat. Pertandingan berakhir kira-kira jam 5 petang. Kemudian pelajar banat dilepaskan untuk melawat tempat pameran.
7 Ogos ;’
8.30 a.m : Pelajar hadir di auditorium.
8.45 a.m : Penceramah, Sir Mas Yuri Muhyiddin beserta rakan FCR yang lain hadir dan memulakan ceramah.
11.30 a.m :  Ceramah tamat, dan diteruskan dengan majlis penutup.
MAjlis penutup dimulakan dengan persembahan tarannum, kemudian ucapan pengarah program dan ucapan perasmian oleh Ustaz Mat Lazim Bin Hassan. Kemudian, penyampaian hadiah kepada juri, pemenang, dan lain-lain.
Kemudian, terdapat gimik persembahan ‘ the miracle of Quran’ oleh pengerusi majlis dan Quran tersebut diserahkan kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi sebagai wakil ahli IQRAC. Ditutup dengan bacaan doa. Seterusnya pameran dan jualan buku diteruskan daripada Saba Islamik Media dan PTS pada 2 hingga 6 petang.



No comments:

Post a Comment